Sabtu, 14 April 2012

Cara-cara Berwuduk


Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah yang lain.
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."

Cara-cara Berwuduk


1. Membersihkan kedua belah tangan



2. Berkumur



3. Membersihkan hidung



4. Membasuh muka ( 3 kali ) dan niatkan dalam hati
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala".



5. Membasuh tangan kanan dan tangan kiri hingga ke siku ( 3 kali )



6. Menyapu sebahagian kepala ( 3 kali )



7. Membasuh telinga kanan dan telinga kiri ( 3 kali )



8. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali ( 3 kali )

Cara-cara Tayammum


Tayammum

Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Fardu Tayamum1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).



"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya

"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".

SAPUKAN KE MUKA



SAPUKAN TANGAN


Syarat-syarat Tayamum 
1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.

Sunat-sunat tayamum
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Menipiskan debu di tangan.

Perkara yang membatalkan tayamum
1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.




Cara Berdo'a Selepas Solat







Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar. Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.