Jumaat, 9 Mac 2012

Fadhilat Bismillah 21


BISMILLAH 21.
Amalkanlah membaca BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM 21x, sewaktu hendak tidur. Antara Fadhilatnya:
(1) Sebagai 'Jam Loceng'. Setelah baca, niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini "Ya ALLAH, aku mahu bangun 20 minit sebelum Azan Subuh". Atau pun begini "Ya ALLAH aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk Solat Tahajjud". Insya'ALLAH kita akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.
(2) Kita akan terjaga dari tidur sekiranya ada penceroboh atau Pencuri yang berniat buruk.
(3) Aman dari gangguan sekalian makhluk, samada dari manusia, binatang, jin & syaitan serta selamat dari segala malapetaka & bencana, seperti kecurian, kebakaran, tenggelam, gempa bumi dll.
(4) Selamat dari perbuatan hasad, sihir, ilmu hitam dll yang ditujukan kepada kita yang lazimnya dilakukan semasa kita sedang tidur.


copy dari: http:// renek blogstarzt

Kaifiyyat Yasin 7 Mubin


Yasin 7 Mubin


Rasanya dah tibo masanya DEN jelaskan akan kaifiat mengamalkan Yasin 7 Mubin...


Yasin 7 Mubin bermaksud ada 7 MUBIN didalam surah yasin...( Mubin = Nyata ).


Kaedah yang Sifu DEN ajar ialah..Pasang Niat sebelum memulakan bacaan Yasin 7 Mubin...( Sebaiknya ditulis )...Sebab ianya akan dibaca balik di akhir bacaan yasin 7 mubin...Mesti sama niatnya tiada berubah....




Apabila bertemu Mubin yang pertama..Ulang balik dari Yasiiiin..
Bertemu Mubin yang pertama teruskan dan apabila bertemu Mubin yang kedua...Ulang balik dari Yasiin...
Bertemu Mubin 1 dan 2 teruskan sehingga Mubin yang ke tiga...Ulang balik dari Yasiin..
Begitulah seterusnya pada Mubin ke 4..5..6...7..Teruskan sehingga habis surah Yasin..


Kaedah DEN berbeza dari kaedah Darul Syifaa..kerana disetiap MUBIN tiada berhenti untuk mendoakan...Yakni ada 28 kali bertemu Mubin..Doa hanya sebelum dan sesudah pembacaan Yasin 7 Mubin...




Amat mustajab...dan untuk rawatan memang amat digalakan...bacakan pada air...Esoknya bacakan lagi pada air...( kalau boleh air yang sama..walaupun air tersebut dibuat minum atau mandi pada bacaan Yasin 7 mubin yang pertama )..maksudnya boleh diguna pada air yang sama...


Suatu kesah dahulu..masa Scan DEN belum tahap membinasakan...DEN try nak tolong seseorang..Sifu DEN kata not my level..sebab mamat tu boleh menyembunyikan diri batin dia di langit pertama...Jadi memang sukar nak titik dia dan JIN peliharaan dia...Asal kena titik aje..dia sorokan JIN dia kat atas...DEN kata DEN nak titik juga..maka Sifu pun kata gunakan Yasin 7 Mubin...


Malam pertama DEN baca...perghhh DEN mimpi bapak Serigala dok terkam DEN...tapi terpelanting..berganti2 serangan Serigala...
Malam kedua DEN baca di rumah Omak DEN di Kg Laksamana...pasang Air Con 18c...pasang Kipas...Rasa nak terbakar dan lenjun masa DEN nak mengabiskan Yasin 7 Mubin...
Malam ketiga DEN buek kek surau sekolah DEN...menari-nari patung Budaha emas ..dalam 2 inci sizenya diatas surah Yasin...dari kiri kekanan ..berbalik2 diatas Al-Quran yang DEN baca..DEN buek bodoh je...


Niat DEN ialah.." Ya Allah..Ko Matikanlah Penyihir ini "


Apakah perlu DEN teruskan temberang ini..Atau cukup sekadar ini sahaja...


Atas permintaan ramai DEN sambungkan...


Pada masa ini DEN tipun sifu DEN...tanya pendapat..He suggested that i buek Solat Hajat and sambung dengan Yasin 7 mubin balik...Still with One Niat....DEN pun lepas mengubat patient terakhir malam tu..Buek le solat hajat bertemankan JIN jubah Hijau yang mula lepak kat surau tu....Cerita JIN melepak tu rasanya episod lain kut..dalam 1.00am...DEN mulakan solat hajat...tamat DEN terus buek Yasin 7 Mubin...Sejuk menikam tulang dan sesekali kedengaran bunyi enjin mat rempit di Highway The Mines...


Senario seminggu sebelum itu...Bersama-sama rakan2 lain attack JIN Tok MoH tersebut..ZAS..oleh hero kita yg jadi urusetia...hangus...tak lama lepas tu steady balik JIN tu...xperts guna pedang Fatihah dia..terbelah...lepas tu cantum balik...Rozaimy datang membantu...sama aje..lepas tu kami enjut reramai...mangkuk punya JIN menghilang....DEN scan tak nampak...semua pakat tak nampak...EH..dah mampus ke..Tapi DEN guna scan hati...ado lagi..tapi dimana ya....DEN tipun sifu...mamat tu dah disorokkan JIN..lain klali scan jangan scan mendatar je...scan sekali yang diatas..ooo.dapek lagi satu ilmu...tapi ko tak mampu lagi scan keatas...


Masuk kali ini sudah 4 kali DEN bacakan Yasin 7 Mubin...Masih doa yang sama...Tiada apa2 gangguan...Esoknya DEN dapat sms dari xperts ...Bang ada JIN bosar nak titik dia...DEN kata..relax....JIN tu nak diskus...Siap suruh Pert keluar dari Pagar Diri...bijak juga JIN ni...Mujur Pert bukan spesis bangang...Masa tu Pedang Fatihah Pert dah berlegar2 di udara ...JIN rasa terancam...dah macam MIG 23 pedang tu meluncur...JIN minta Pert jauhkan pedang tersebut...DEN cakap tak usah..biar je..last2 JIN tu beredar sambil merengus..Ha..ha...selepas solat hajat dan Yasin 7 Mubin ke 4 dia dah tak boleh main nyorok2 dilangit pertama...Kira siot juga JIN ni...Nak titik DEN tak mampu dia kona kearah lain pula...


Bertambah semangat DEN....So DEN teruskan membaca Yasin 7 Mubin...malam itu DEN ulang 2 kali..berturut2..Sambil tu DEN perhati je pergerakan Tok Moh..Habis dah terbakar perkakasan perbomohan dia ( dalam scan )..zahirnya ia sudah di batalkan kuasanya...


Esoknya hari Sabtu ..DEN ulang membaca 3 x secara terus...disiang hari..dan malam sekali lagi..Maknanya 10x sudah...Tok Moh dah angkat tangan...Dalam mimpi kelihatan Tok Moh terbaring...Esoknya DEN ulang 3 x lagi dan Isnin cukup 14x...Lepas tu DEN dapat petunjuk suruh berhenti...cukup...Sifu DEN pun cakap u better stop...Cukuplah tu..DEN cakap...bolum mati lagi...Sifu DEN cakap...Malam kali ke 14x DEN baca dia dapat petunjuk suruh DEN stop...Dosa tok moh tu terlalu besar dan berdosa menganiaya ramai orang dari santau dan pelbagai ilmu sihir dia yang lain..mendabik dada tiada yang boleh tumbangkan dia..maka mati itu terlalu mudah dan ringan bagi dia...
DEN pun mengertilah kita hanya berhak meminta..ALLAH jua yang menentukan..DEN bandingkan Scan DEN dgn sifu...Terbaring sudah...kulit tumbuh bisul serata tubuh...pecah nanah...kencing kena tebuk ikut perut...Hissss lagi ngeri...Hilang ingatan....Nasiblah..DEN tak berniat camtu...DEN nak kasi mampus je...




So mana2 yang nak titik atau membalas kembali kejahatan orang dan JIN...Sebaiknya mulakan dengan solat hajat 2 rakaat selepas itu bacalah Yasin 7 Mubin...Pastikan niat solat hajat itu sama....dan niat semasa solat hajat itu satu sahaja..jangan tamak...Panduan sifu DEN...malam solat hajat...siang Yasin 7 Mubin...Kata guru DEN..biasanya 7x bacaan Yasin 7 mubin sudah memadai..cuma kes tok moh ni lain le sikit..dia memang terror...Yang kita kena yakin..camna siol pun pengupah dan penyihir..pasti akan tergolek kalau kita meminta dari ALLAH s.w.t


copy dari : Darul Saka

Fadilat Solat Dhuha


KELEBIHAN SOLAT DHUHA
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
dipetik dari : alivewire.wordpress.com