Sabtu, 14 April 2012

Cara-cara Berwuduk


Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah yang lain.
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."

Cara-cara Berwuduk


1. Membersihkan kedua belah tangan



2. Berkumur



3. Membersihkan hidung



4. Membasuh muka ( 3 kali ) dan niatkan dalam hati
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala".



5. Membasuh tangan kanan dan tangan kiri hingga ke siku ( 3 kali )



6. Menyapu sebahagian kepala ( 3 kali )



7. Membasuh telinga kanan dan telinga kiri ( 3 kali )



8. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali ( 3 kali )

Cara-cara Tayammum


Tayammum

Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Fardu Tayamum1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).



"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya

"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".

SAPUKAN KE MUKA



SAPUKAN TANGAN


Syarat-syarat Tayamum 
1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.

Sunat-sunat tayamum
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Menipiskan debu di tangan.

Perkara yang membatalkan tayamum
1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.




Cara Berdo'a Selepas Solat







Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar. Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Rabu, 21 Mac 2012

TOLONG BACA KAWAN-KAWAN !!!


TOLONG BACA KAWAN-KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA.!!!!!!!!!


 
 
 
 

  TOLONG BACA KAWAN-KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA.!!!!!!!!!


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

KELEBIHAN TANAH SUCI MAKKAH DAN KAABAH .


KELEBIHAN TANAH SUCI MAKKAH DAN KAABAH .



 TAHUKAH KAMU SEMUA?
 
 
15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. TAHUKAH KAMU SEMUA?
 
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.
 
Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah
 
 
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
 
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
 
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
 
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
 
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
 
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..
 
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
 
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
 
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
 
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
 
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
 
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
 
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
 
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Selasa, 20 Mac 2012

Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 2


Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1


Isnin, 19 Mac 2012

DOKUMEN STANDARD PRESTASIPENDIDIKAN ISLAMTAHUN 2


DOKUMEN STANDARD PRESTASIPENDIDIKAN ISLAMTAHUN 1


Sabtu, 10 Mac 2012

Pemetaan Standard Prestasi KSSR Pendidikan Islam Tahun ~ 2


                       PEMETAAN STANDARD PRESTASI KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN~2
Standard Kandungan

Pernyataan Standard Prestasi

Kod

AL-QURAN
BACAAN

Membaca kalimah dan potongan ayat dalam surah al Kafirun.
B1D1E1
Membaca ayat-ayat daripada surah al Kafirun
B2D1E1
Membaca surah al Kafirun dengan betul.
B3D1E1
Membaca surah al Kafirun dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
B4D1E1
Membaca kalimah dan potongan ayat dalam surah al Kauthar.
B1D2E1
Membaca ayat-ayat daripada surah al Kauthar.
B2D2E1
Membaca surah al Kauthar dengan betul.
B3D2E1
Membaca surah al Kauthar dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
B4D2E1
Membaca kalimah dan potongan ayat dalam surah al Ma’un.
B1D3E1
Membaca ayat-ayat daripada surah al Ma’un.
B2D3E1
Membaca surah al Ma’un dengan betul.
B3D3E1
Membaca surah al Ma’un  dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
B4D3E1
Membaca kalimah dan potongan ayat dalam surah Quraisy.
B1D4E1
Membaca ayat-ayat daripada surah Quraisy.
B2D4E1
Membaca surah Quraisy  dengan betul.
B3D4E1
Membaca surah Quraisy dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
B4D4E1

AL-QURAN
HAFAZAN











Membaca dan menghafaz kalimah dan potongan ayat dalam surah al Kafirun.
B1D5E1
Menghafaz ayat-ayat daripada surah al Kafirun.
B2D5E1
Menghafaz  surah al Kafirun dengan betul.
B3D5E1
Menghafaz surah al Kafirun dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
B4D5E1
Membaca dan menghafaz kalimah dan potongan ayat dalam surah al Kauthar.
B1D6E1
Menghafaz ayat-ayat daripada surah al Kauthar.
B2D6E1
Menghafaz  surah al Kauthar dengan betul.
B3D6E1
Menghafaz surah al Kauthar dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
B4D6E1
Membaca dan menghafaz kalimah dan potongan ayat dalam surah al Ma’un.
B1D7E1
Menghafaz ayat-ayat daripada surah al Ma’un.
B2D7E1
Menghafaz  surah al Ma’un dengan betul.
B3D7E1
Menghafaz surah al Ma’un dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
Membaca dan menghafaz kalimah dan potongan ayat dalam surah Quraisy.
B4D7E1
B1D8E1
Menghafaz ayat-ayat daripada surah Quraisy .
B2D8E1
Menghafaz  surah Quraisy   dengan betul.
B3D8E1
Menghafaz surah Quraisy dengan bacaan yang betul dan bertajwid.
B4D8E1

AKIDAH




























Menyebut pengertian malaikat.
B1D9E1
Menyenaraikan 10 nama malaikat
B2D9E1
Menerangkan kesan beriman kepada Malaikat
B3D9E1
Menyatakan hukum mempercayai wujudnya malaikat
B1D9E2
Menyatakan tugas-tugas 10 malaikat
B2D9E2
Menyebut pengertian rasul dan nabi.
B1D10E1
Menyatakan nama 25 orang rasul.
B2D10E1
Menyebut cara-cara beriman kepada rasul.
B3D10E1
Menyatakan hukum beriman kepada rasul dan nabi.
B1D10E2
Menyatakan tugas-tugas rasul.
B2D10E2
Menyebut sifat-sifat wajib bagi rasul.
B3D10E2
Menyebut sifat-sifat mustahil bagi rasul.
B3D10E3
Menyebut sifat harus bagi rasul.
B3D10E4
Menyebut pengertian sifat Wujud Allah SWT.
B1D11E1
Menyatakan bukti-bukti kewujudan Allah SWT.
B2D11E1
Menerangkan bukti-bukti kewujudan Allah SWT.
B3D11E1
Menyatakan hukum beriman kepada sifat Wujud Allah SWT.
B1D11E2
Menyatakan bukti-bukti Allah SWT bersifat Qidam.
B2D11E1
Menerangkan kesan mempercayai kewujudan Allah SWT.
B3D11E2
Menyebut pengertian sifat Qidam Allah SWT
B1D11E3
Menyatakan hukum beriman kepada sifat Qidam Allah  SWT.
B1D11E4
Menyebut pengertian Al Rahman dan Al Rahim.
B1D12E1
Menyatakan tanda-tanda sifat Al Rahman dan Al Rahim Allah SWT terhadap hambaNya.
B2D12E1
Menerangkan kesan beriman Allah SWT bersifat Qidam.
B3D12E1
Menyebut pengertian Al ‘Afu dan Al Ghafur.
B1D12E2
Menyebut pengertian Al Karim.
B1D12E3
Menyatakan bagaimana membentuk diri untuk menjadi  seorang yang pemurah.
B3D13E1
Menyatakan cara memohon keampunan kepada Allah SWT.
B3D14E1
Menyatakan kesan beriman dengan sifat Al ’Afu dan al Ghafur.
B3D14E2
Menyatakan cara-cara memuliakan Allah SWT.
B3D15E1
menyatakan kesan beriman kepada Allah SWT yang bersifat al Karim.
B3D15E2

IBADAH













                              



 Menyebut pengertian fardu ain.
B1D13E1
Menyebut contoh-contoh fardu ain dan fardu kifayah
B2D13E1
Menyebut pengertian fardu kifayah.
B1D13E2
Menyatakan perbezaan antara fardu ain dengan fardiu kifayah
B2D13E2
Menyebut pengertian solat dan hukum melakukannya.
B1D14E1
Menerangkan faedah  mendirikan solat.
B2D14E1
Menyebut dengan nama-nama solat fardu, waktu dan bilangan rakaatnya.
B1D14E2
Menyatakan perlakuan solat
B1D15E1
Menyatakan perlakuan yang wajib dalam solat.
B2D15E1
Membaca lafaz Takbiratul Ihram
B1D16E1
Membaca dan menghafaz takbiratul ihram.
B2D16E1
Menyatakan faedah melakukan perkara fardu ain dan fardu kifayah B3D13E2
Menyatakan akibat tidak melakukan  fardu ain dan fardu kifayah
B3D16E1

Membaca lafaz nita solat
B1D16E2
Membaca dan menghafaz lafaz niat solat
B2D16E2
Menghafaz doa iftitah dan surah al Fatihah
B1D17E1
Membaca doa iftitah dan surah al fatihah
B2D17E1
Melakukan solat fardu
B3D17E1
Menbaca bacaan rukuk, iktidal dan sujud
B1D17E2
Menghafaz bacaan rukukm iktidal dan sujud
B2D17E2
Membaca bacaan duduk antara dua sujud
B1D17E3
Menghafaz bacaan duduk antara dua sujud dan salam
B2D17E3
Membaca tahyyat awal
B1D17E4
Menghafaz bacaan tahyyat awal
B2D17E4
Membaca tahyyat akhir Menghafaz bacaan tahyyat akhir
Menghafaz bacaan tahyyat akhir
B1D17E5
B2D17E5
Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul.
B3D18E1
Membaca dan mengahafaz takbiratul Ihram dengan lafaz yang betul
B3D19E1
Menbaca dan menghafaz lafaz niat solat dengan betul
B3D19E2
Menghafaz doa iftitah dan surah al Fatihah dengan betul
B3D20E1
Menghafaz bacaan rukuk, iktidal dan sujud dengan betul
B3D20E2
Menghafaz bacaan duduk antara dua sujud dan salam dengan betul
B3D20E3
Menghafaz Tahyyat awal dengan betul
B3D20E4
Menghafaz Tahayyat akhir dengan betul
B3D20E5
Membaca bacaan dalam solat dengan betul ketika solat
B3D20E6
Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul mengikut urutan.
B4D9E1
Melakukan perlakuan dalam solat mengikut urutan yang betul dan istiqamah.
B5D1E1
Membaca dan menghafaz bacaan tahiyat awal, bacaan tahiyat akhir dan salam dengan betul dan istiqamah.
B5D2E1

Melakukan perlakuan solat serta bacaannya dengan betul dan sempurna.

B6D9E1

SIRAH

Menyebut pekerjaan nabi Muhammad SAW semasa kecil mengikut peringkat umur.
B1D15E1
Menyatakan faktor-faktor yang mendorong  nabi Muhammad SAW menjalankan pekerjaan sebelum dilantik menjadi rasul.
B2D17E1

Mengamalkan dan menjadikan akhlak nabi sebagai contoh dalam melakukan amalan seharian.
B3D18E1
Menyatakan sejarah perkahwinan nabi dengan Khadijah.
B1D16E1
Menyebut nama anak-anak nabi Muhammad SAW .
B2D18E1
Menyebut sifat-sifat nabi Muhammad SAW sebagai seorang suami.
B3D19E1
Menyebut  pengenalan Hajar Aswad.
B1D17E1
Menyebut nama-nama isteri nabi Muhammad SAW  selepas perkahwinan dengan Khadijah.
B2D18E2
Menyebut cara rasulullah SAW menghakimi perletakan Hajar Aswad.
B3D20E1
Menyatakan suasana masyarakat Arab ketika berlakunya peristiwa meletakkan Hajar Aswad.
B2D19E1
Menyebut nama puak Arab yang berselisih faham tentang meletakkan Hajar Aswad.



B2D19E2


ADAB
Menyebut adab tidur.*
B1D18E1
Menyatakan adab tidur.
B2D20E1
Melakukan adab sebelum dan selepas bangun dari tidur.
B3D21E1
Melakukan adab sebelum dan selepas bangun dari tidur dengan betul.
B4D11E1
Melakukan adab sebelum dan selepas bangun dari tidur dengan betul dan istiqamah.
B5D3E1
Melakukan adab sebelum dan selepas bangun dari tidur dan boleh dicontohi.
B6D10E1
Menyebut adab masuk dan keluar rumah.*
B1D19E1
Menyatakan adab masuk dan keluar rumah.
B2D21E2
Melakukan adab masuk dan keluar rumah.
B3D22E1
Melakukan adab masuk dan keluar rumah dengan betul.
B4D12E1
Melakukan adab masuk dan keluar rumah dengan betul dan istiqamah.
B5D4E1
Melakukan adab masuk dan keluar rumah dan boleh dicontohi.
B6D11E1
Menyebut adab di sekolah.*
* Menunjukkan pergerakan badan seperti mengangguk dan memberi isyarat adab-adab tersebut.
B1D20E1

Menyatakan adab di sekolah.
B2D22E1
Melakukan adab-adab di sekolah.
B3D23E1
Melakukan adab di sekolah dengan betul.
B4D13E1
Melakukan adab di sekolah.
B5D5E1
Melakukan adab di sekolah dan boleh dicontohi.

B6D12E1


JAWI














































Membaca  perkataan yang terdiri daripada perkataan dua sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B1D21E1
Membina perkataan yang terdiri daripada perkataan dua sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B1D21E2
Menulis perkataan yang terdiri daripada perkataan dua sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B1D21E3
Mengenal dengan membezakan perkataan serapan bahasa Arab dan Inggeris.
B1D22E1
Membaca perkataan yang terdiri daripada tiga sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B2D23E1
Membina perkataan yang terdiri daripada tiga sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B2D23E2
Menulis perkataan yang terdiri daripada tiga sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B2D23E3
Membaca perkataan serapan bahasa Arab.
B2D24E1
Menulis perkataan serapan bahasa Arab.
B2D24E2
Membaca perkataan serapan bahasa Inggeris.
B2D24E3
Menulis perkataan serapan bahasa Inggeris.
Membaca perkataan yang terdiri daripada empat atau lebih sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B2D24E4
B3D24E1
Membina perkataan yang terdiri daripada empat atau lebih sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B3D24E2
Menulis perkataan yang terdiri daripada empat atau lebih sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B3D24E3
Mengenal, perkataan bahasa Arab yang dikekalkan ejaannya dengan betul
B3D25E1
Membaca perkataan bahasa Arab yang dikekalkan ejaannya dengan betul
B3D25E2
Menulis perkataan bahasa Arab yang dikekalkan ejaannya dengan betul
B3D25E3
Mengenal bahasa Arab yang dimelayukan dengan betul
B3D25E4
Membaca perkataan bahasa Arab yang dimelayukan dengan betul
B3D25E5
Menulis perkataan bahasa Arab yang dimelayukan dengan betul
B3D25E6
Mengenal perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan dengan betul
B3D25E7
Membaca perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan dengan betul
B3D25E8
Menulis perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan dengan betul
B3D25E9
Mengenal perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan ejaan rumi dengan betul
B3D25E10
Membaca perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan ejaan rumi dengan betul
B3D25E11
Menulis perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan ejaan rumi dengan betul
B3D25E12
Membaca ayat yang terdiri daripada tiga perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B4D14E1

Membina ayat yang terdiri daripada tiga perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B4D14E2

Menulis ayat yang terdiri daripada tiga perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B4D14E3

Membaca ayat yang terdiri daripada empat perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B4D14E4

Membina ayat yang terdiri daripada empat perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B4D14E5

Menulis ayat yang terdiri daripada empat perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B4D14E6

Membaca ayat yang mengandungi perkataan serapan Bahasa Arab yang dikekalkan ejaannya dengan betul
B4D15E1

Menulis ayat yang mengandungi perkataan serapan Bahasa Arab yang dikekalkan ejaannya dengan betul
Membaca ayat yang mengandungi perkataan serapan Bahasa Arab yang dimelayukan dengan betul
B4D15E2

B4D15E3
Menulis ayat yang mengandungi perkataan serapan Bahasa Arab yang dimelayukan dengan betul
B4D15E4
Membaca ayat yang mengandungi perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan dengan betul.
B4D15E5

Menulis ayat yang mengandungi perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan dengan betul.
B4D15E6

Membaca ayat yang mengandungi perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan ejaan rumi dengan betul.
B4D15E7

Menulis ayat yang mengandungi perkataan bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan ejaan rumi dengan betul.
B4D15E8

Membaca ayat yang terdiri daripada lima atau lebih perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B5D6E1

Membina ayat yang terdiri daripada lima atau lebih perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul
B5D6E2

Menulis ayat yang terdiri daripada lima atau lebih perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul.
B5D6E3

Membaca  ayat  daripada  rangkaikata  dengan betul.
B6D13E1
Membina ayat  daripada  rangkaikata  dengan betul.
B6D13E2
Menulis ayat  daripada  rangkaikata  dengan betul.
B6D13E3